Pemuda UMNO DUN Bachang

Friday, May 29, 2009

Program Jom Turun Padang bersama KP!



Program Jom Turun Padang Bersama KP Bhg Bkt Katil diilhamkan oleh sdr Karim sendiri. Program ini bertujuan mendekati akar umbi khususnya golongan muda. Program tersebut bermula dari 29 Mei 09.

Thursday, May 28, 2009

BILA DAP AJAR PAS MOGOK LAPAR DAN PUASA ADALAH SAMA

Apa ni? Tahyul! Karut! Bingung! Wah Nizar kau sudah jadi apa sekarang? Kerana jawatan, kau sanggup lakukan apa saja! Nizar..... sedarlah wahai kamu... Kau dah hampir songsang sekarang... Kau tunduk pada kehendak mereka... Apa ni? Insaflah Nizar... oh Nizar...... Insaflah kamu.... Bertaubatlah.... .. Jangan pesongkan ajaran agama Islam yang suci!!!!!!Nizar ... ingatlah... Tuhan kita Allah... Dialah Yang Maha Esa.... Nizar...., Siva bukannya Tuhan... Siva hanyalah makhluk... Kau fahamilah Nizar... Jangan kau bersembahyang di pokok itu wahai Nizar..... Insaflah Nizar..... Insaflah!!!!!!!

Nizar..... kau sebenarnya sedang mabuk kepayang.... Kau gilakan jawatan MB tu... Kau dah gila Nizar.... Eh! apa cerita kawasan balak yang tak sempat lulus lagi tu... Duit korang dah sebat... Kawasan tanah 500 ekar untuk Siva dan 500 ekar untuk Kula.... Mana kawasan tanah tu? Duit dah kena sebat.... Pasal tu la korang meroyankan... Suruh bubar dewan kunun... Pigidah!!!! Pucat ker... Korang punya taik bertempek kat SUK tu korang tinggalkan....Semua itu bahan... Bahan... Bahan... yeah... untuk PRU 13... Biar orang kenal siapakah Siva? Siapakah Kula? Siapakah Ngeh dan siapakah Nga? .... Wakakakkakakaka.... Merekalah perampok besar... Kurang hajau... Pasal tulah nak suruh BUBAR DUN.... Sebab apa? Sebab semua rahsia dah kena selongkar! Padan muka korang... Orang suruh jadi pemimpin korang jadi pencuri... Tuhan Maha ADIL...

Nizar kau memang baghal dan kaldai... Yang ikut dan sokong kamu pun semuanya baghal dan kaldai.... MSK lagi baghal... ABO juga baghal... Kita jumpa di akhirat nanti... !!!!!!

DIPETIK DARI PERAKBANGKIT

KEBEBASAN BERSUARA. CAKAP TAK SERUPA BIKIN- DRKHIR

1. Pergantungan saya dan empat lagi ADUN BN Selangor sudah dijangka dari awal lagi. Inilah bentuk kebebasan bersuara dan keterbukaan yang mereka perjuangkan selama ini.

2. Saya digantung setahun kerana mengkritik Selcat dan tidak hadir pendengaran tersebut. Saya tidak hadir kerana saya menganggap pendengaran tersebut hanya bertujuan politik semata-mata ia diadakan secara terbuka dan tiada apa-apa tindakan yang boleh diambil ke atas mana-mana individu yang memberi keterangan dalam sesi tersebut. Lebih daripada itu Selcat tidak mempunyai locus standi untuk mendengar isu sebuah Badan Bukan Kerajaan (NGO)yang tertakluk dalam akta ROS.

3. Telahan saya bahawa Selcat bertujuan politik memburukkan orang itu nyata benar kerana pendengaran tersebut bukan sahaja membabitkan isu Balkis malah juga meleret-leret kepada isu-isu lawatan kerja saya yang tiada kena mengena dengan Balkis. Malahan sebahagian keterangan tersebut bukan sahaja tidak benar malah beransur memfitnah. Lebih aneh keterangan-keterangan dalam Selcat dilindungi pula oleh imuniti.

4. Namun yang penting ialah pergantungan 4 orang lagi rakan ADUN BN kerana mengkritik Selcat dalam media menunjukkan belang sebenar Pakatan Rakyat. Tidak pernah dalam sejarah ahli Dewan Undangan Negeri mahu pun Parlimen digantung kerana mengkritik undang-undang atau Dewan. Jika ini dijadikan kes duluan maka ramailah Ahli Parlimen Pakatan Rakyat yang bakal digantung kerana mengkritik pelbagai undang-undang yang diluluskan oleh Parlimen termasuk ISA.

5. Saya dan empat lagi rakan menghormati DUN Selangor dan juga Speaker dengan menghadiri "perbicaraan" Jawatankuasa Hak dan Kebebasan berbanding speaker sekarang YB Teng yang langsung tidak menghadirinya ketika beliau menjadi Ketua Pembangkang.

6. Untuk rekod YB Teng bukan digantung kerana mengkritik pentadbiran saya atau DUN Selangor tetapi digantung kerana membuang Peraturan DUN ke dalam tong sampah. Malah Sungguhpun tidak hadir, YB Teng diberi pilihan meminta meminta maaf atau digantung. Beliau memilih digantung.

7. Saya serahkan kepada rakyat untuk menilai apakah mereka benar-benar memperjuangkan kebebasan bersuara dan keterbukaan yang mereka laung-laungkan.

8. Saya juga mempertimbangkan untuk mengambil tindakan undang-undang jika keputusan tersebut diluluskan dalam sidang DUN akan datang. Namun pertimbangan tersebut bukan sahaja dari segi undang-undang tetapi juga dari segi suasana politik sekarang.

9. Ramai yang sudah penat membaca kes naik turun mahkamah membabitkan ahli politik. Mungkin tidak sesuai untuk satu lagi kes dibawa ke mahkamah. Apatah lagi bagi Pakatan Rakyat mereka hanya menerima keputusan mahkamah jika ia berpihak kepada mereka.

DIPETIK DR BLOG RAKAN PPUBBK

Jangan padam fakta negara

PRESIDEN MCA, Datuk Ong Ka Ting berkata, sebab utama komuniti Cina berang dengan kenyataan Datuk Ahmad Ismail yang menganggap mereka sebagai pendatang adalah kerana "nenek moyang mereka telah berkorban untuk negara ini lama sebelum negara ini mencapai kemerdekaan."Saya tidak pasti sama ada boleh bersetuju dengan pendapat Ka Ting itu. Sebagai generasi muda keturunan bukan Melayu saya ragu-ragu dengan kebenaran kenyataan itu.Benarkah nenek moyang kita telah berkorban untuk negara ini melalui kerja keras setelah berhijrah dari benua China ke Malaysia, dulunya Tanah Melayu?Atau kerja keras yang dilakukan itu adalah pengorbanan untuk membebaskan diri mereka daripada kehidupan yang melarat sewaktu berada di negara asal mereka sehingga ada antara kita menjadi kaya raya dan tidak mahu lagi balik ke China atau India atau Indonesia?Sebagai pelajar sejarah, saya lebih cenderung untuk percaya bahawa nenek moyang saya yang datang ke negara ini bekerja siang malam bukan sangat ingin berbakti kepada Tanah Melayu, seperti yang didakwa oleh Ong Ka Ting, tetapi lebih untuk memajukan diri supaya kesengsaraan kehidupan mereka sebelum itu berjaya diatasi.Pengamatan ini saya buat setelah membaca buku V. Purcell berjudul Chinese in Malaya. Dalam buku itu, pengarang Inggeris itu antara lain merumuskan, " in Malaya their main concern was to make enough to retire to China as soon as possible ."Menurut Purcell, matlamat Inggeris membawa pendatang asing China dan India adalah untuk memeras kerajinan mereka bekerja bagi meraih keuntungan ekonomi kepada kuasa Eropah itu. Tidak tertulis - secara tersurat atau tersirat yang pendatang China itu dibawa ke Tanah Melayu untuk memberi pengorbanan bagi membangunan negara ini.Dengan kata-kata lain, kedatangan komuniti dari China ke negara ini bukan untuk berbakti untuk Tanah Melayu seperti yang didakwa oleh Kah Ting tetapi untuk meneroka atau malah memeras kekayaan negara Melayu ini, membuat sebanyak mungkin kekayaan pada waktu yang singkat, kemudian hidup untuk senang lenang di negara asal mereka.Ka Ting dan warga Malaysia keturunan Cina yang lain patut menerima hakikat itu, bukannya memandai-mandai membuat kesimpulan untuk menyedapkan hati masyarakatnya dengan menolak hakikat sejarah. Usahlah kita menipu sejarah atau menggunakan sejarah sebagai expidient politik untuk menghalalkan tentangan kita terhadap persetujuan asas yang telah kita capai sewaktu negara ini mencapai kemerdekaan.

Fakta

Benar, generasi keturunan pendatang itu sekarang mungkin sudah menjadi warga negara Malaysia. Tetapi kita tidak akan dapat memadamkan fakta bahawa warga Malaysia keturunan Cina adalah berasal usul pendatang. Apa yang saya tahu tidak ada antara mereka yang berhijrah ke Tanah Melayu dulu dengan niat untuk berkorban membangunkan Tanah Melayu. Mereka datang untuk mencari kehidupan yang lebih baik. Setelah menemuinya, mereka membuat keputusan untuk tinggal terus di sini.Tuan rumah pula bersetuju untuk mengiktiraf mereka bukan sebagai penumpang, tetapi sebahagian daripada warganya. Alangkah bertuahnya kita. Kalau orang luar berhijrah ke negara China, mereka belum tentu lagi diberi layanan yang sama.Lihatlah bagaimana pihak berkuasa China melayan komunis Melayu yang tinggal dalam buangan di negara China. Setelah berpuluh-puluh tahun menetap di Beijing, mereka tidak diberi pengiktirafan sebagai warga negara. Mereka dilayan seperti sampah.Akhirnya, pejuang komunis seperti Musa Ahmad, Khadijah Sidek dan ramai lagi terpaksa pulang ke Malaysia kerana berasa dianaktirikan oleh pihak berkuasa Republik Rakyat China walaupun mereka pernah berjuang untuk kepentingan ideologi yang sama.Lantaran usahlah kita emosional kerana hakikatnya warga keturunan bukan Melayu memang bangsa luar dari alam Melayu ini. Cuma status kita sudah bertukar yang memberi kita hak untuk menetap di negara ini, sama seperti yang dimiliki penduduk pribumi. Kita sepatutnya bersyukur kerana dapat bernaung di bawah kepimpinan Melayu, dulunya Raja-raja Melayu sekarang UMNO. Kita dibenarkan membuat kekayaan mengatasi orang Melayu itu sendiri. Alangkah beruntungnya kita.Jadi bagi saya sebab yang lebih munasabah mengapa orang Cina di Malaysia patut berang kalau dianggap sebagai pendatang bukan kerana nenek moyang kita pernah berkorban untuk Tanah Melayu, tetapi kerana mereka sudah menjadi warga negara Malaysia. Sebagai warga negara tentulah tidak kena jika label pendatang dipakai untuk kita.Hak-hak kita sebagai warga dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan. Tentulah tidak ada jaminan yang lebih kudus daripada apa yang terkandung dalam undang-undang utama negara itu. Tiada siapa yang boleh menarik balik atau membatalkan apa yang tercatat di dalamnya.Bagi saya apa yang saya pasti ialah pemberiaan kewarganegaraan kepada penduduk imigran Cina secara liberal berdasarkan prinsip jus soli adalah satu lagi bukti hasil kemurahan hati pemimpin Melayu pada 1957 telah membolehkan kita tinggal di bumi Melayu tanpa berasa takut diusir ke tempat lain. Kita hendaklah menjadi manusia yang tahu mengenang budi kerana dengan satu coretan pena, 1.5 juta penduduk imigran telah menjadi warga negara Tanah Melayu. Jika tidak, datuk nenek kita kita dulu mungkin menjadi orang tanpa warga negara. Bayangkan kesusahan yang akan kita alami.Atau jika tidak besar kemungkinan nenek moyang kita terpaksa balik ke negara China dan kita tidak ada hak untuk tinggal di negara yang bernama Malaysia ini.

Hak istimewa

Bagi saya pemberian kewarganegaraan berdasarkan prinsip jus soli ini adalah hak istimewa yang diberikan oleh orang Melayu kepada penduduk imigran ketika itu. Kita menikmatinya serta merta, tidak seperti hak istimewa orang Melayu yang diabaikan pelaksanaannya oleh pemimpin Melayu itu sendiri pada tahun-tahun awal kemerdekaan sehingga terpaksa diperkenalkan Dasar Ekonomi Baru (DEB) pada 1970.Warga Malaysia keturunan Cina patut berterima kasih dengan orang Melayu kerana pemberian kewarganegaraan itu adalah muktamad dan tidak boleh dipersoalkan.Malah membangkitkan status kewarganegaraan kepada orang Cina sama seperti mempersoalkan kedudukan Raja-Raja Melayu, hak istimewa orang Melayu/bumiputera, kedudukan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan agama Islam sebagai agama Persekutuan, adalah suatu kesalahan di bawah Akta Hasutan 1948.Sebagai mengenang budi pemberian orang Melayu, marilah kita akur dengan apa yang telah dipersetujui oleh nenek moyang kita dengan para pemimpin Melayu sewaktu negara mencapai kemerdekaan. Marilah kita belajar untuk menerima hakikat bahawa kedudukan hak istimewa orang Melayu adalah sesuatu yang sudah selesai dan tidak harus mempertikaikan lagi.

GENERASI MUDA REALISTIK
Shah Alam

Friday, May 22, 2009

AKHIRNYA

Makhamah telah membuat keputusan memberi kemenangan kepada MB Perak Dr Zambry, Tahniah!MENTERI BESAR PERAK YANG SAHDATO SRI ZAMBRY

Monday, May 18, 2009

Selamat Datang ke Blog Pemuda UMNO DUN Bachang

Salam semua.

Blog ini baru dibuka. Tunggu. Saya akan isikan blog ini dengan berita-berita panas.

T-u-n-g-g-u.............